Hampir sebulan aku meninggalkan bumi Singapura selepas 6 bulan bekerja di sana sebagai ahli hortikultur di sebuah syarikat landskap.
Banyak pengalaman dan kenangan yang tak dapat aku lupakan sepanjang bekerja di sana. Aku diterima tawaran bekerja di sana daripada zero pengalaman dan perasaan 'excited' tu memang tak dapat aku gambarkan kerana pertama kali aku pergi melihat negara orang. Seminggu sebulan aku lapor diri, aku dah get ready buat 'passport' dekat UTC Keramat, Kuala Lumpur.
Alhamdulillah service dia sangat laju, tak sampai berapa jam nama aku dipanggil dan siap dah passport aku. Lepas tu aku hanya tukar sgd100 = myr300 (rate masa tu). Anggaran sgd100 cukuplah untuk belanja sebulan hidup di sana sebelum dapat gaji. Aku bersyukur syarikat menyediakan hostel, makan malam dan kos kenderaan (sebab aku keje on site).
Setiba di CIQ, Johor Bahru, aku tengok ramai sangat orang bersesak nak masuk imigresen. Aku dengan bagasinya, beg lagi hanya mampu menguatkan semangat untuk sampai hostel di sana. Majoritinya orang cina malaysia yang banyak berulang alik dan bekerja di Singapura. Mereka menggunakan permit kerja (work pass) dan melalui pintu automatik, bagi pelancong mereka akan melalui pintu biasa yang ramai orang beratur.
Aku pernah sampai dua jam baru dapat melepasi. Masa kemuncak petang time orang balik keje tu memang sangat ramai dan waktu hujung minggu. Sebab kebanyakkan singaporean suka shopping di JB. Yelah. Sebab murah kan. Maksud aku diorang lah rasa murah sebab matawang Singapore bila tukar matawang Malaysia dalam 2.47 kali ganda (ni rate yang aku check harini).
Hostel aku terletak di Chin Swee Road, Jalan Kukoh, berdekatan dengan Clarke Quay (google lah kalau rajin). Aku beruntung sebab tak perlu menyewa. Kalau sewa rumah di sana mahu nak kena bayar sgd400 setiap bulan, tu pun sesetengah dapat bilik kecik dan tak boleh memasak.
Kalau korang rasa nak menyewa di Singapura, aku syorkan korang cari roomate yang boleh bayar sama-sama. Jimat lah kat situ. Takpun korang menyewa di Johor Bahru, tapi terpaksa lah berulang alik setiap hari. Tu pun kalau korang larat bangun jam 4 pagi dan sampai rumah dalam jam 10 malam.
Aku pernah sekali je pergi kerja lepas subuh kemudian siap masuk CIQ, memang jem dan aku sampai lambat kat site. Hahaha. Nasib baik tak kena punch card. Jangan jadi macam aku. Hahaha. Lepas tu aku menyesai sebab penat nak beratur kat ciq tu.

Comments
Post a Comment